Sinopsis Bab 26 – Bab 30 (Novel Tingkatan 4)

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa : Sinopsis Bab 26 – Bab 30 (Novel Tingkatan 4)

Sinopsis Bab 26 : Serangan Bertali Arus

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam masa yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut.  Kapal perang kebanggaan British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan. Walau bagaimanapun  pergerakan kapal perang itu berjaya dikesan oleh pihak Jepun.  Sepuluh buah pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan kamikaze terhadap dua buah kapal perang British itu. Akhirnya dua buah kapal perang British berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Pada 11 Disember 1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat kemaraan tentera Jepun di Changlun.  Tentera Jepun menggunakan kereta kebal bagi menyerang tentera Punjab. Pada 12 Disember 1941,  Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan British di Pulau Pinang.  Walau bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan membuat serangan terhadap kawasan  awam.  Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak ke Jitra. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan kepada tentera infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan Gurkha. Walau bagaimanapun tentera ini dapat ditewaskan.  Tangisan Mak Milah mengejutkan Sophia di dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang dan turut tersemadi di dasar laut. Hati Sophia dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.

Sinopsis Bab 27 : Perancangan Dua Jeneral

31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera Jepun. Mereka yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-mana. Akibat tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu persatu negeri di Tanah Melayu.  Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang selama ini dianggap paling kuat di dunia.  Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur Jauh, Sir Robert Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry Pownall. Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah meletupkan Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun memerhati gerak tentera British.  Hasil dari maklumat Samad, pengintip Jepun telah melaporkan kepada markas di Kluang. Kapten Rix dan Leftenan Adnan mengatur persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa kerana tentera asing tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu.

Sinopsis Bab 28 : Pertempuran Demi Pertempuran

3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan.  Jeneral Yamashita menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian utara Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan artileri Jepun pula menyerang Pangkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas tentera Jepun dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British terpaksa memindahkan kapal terbang Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah pentadbiran dan kawalan menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejimen Askar Melayu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang masih bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu.  Adnan dan anggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun anggota pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang yang tinggi mampu memberikan tentangan sengit kepada musuh.

Sinopsis Bab 29 : Terus Berjuang

Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pangkalan. Petang itu Penghulu Deraman daripada pengawal kampung datang bertemu Leftenan Adnan untuk menyatakan persediaan mereka  bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan.  Malam itu Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun.  Malam keesokannya mereka Berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang pengintipnya mati ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera Jepun menambahkan kebimbangan Jeneral A.E.  Percival. Tentera Jepun mengubah taktik serangan dengan menggunakan kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan askar Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang marah. Berita itu menggusarkan Leftenan Adnan. Apatahlah lagi  Kapten Rix bagai membiarkan sahaja askar Melayu mempertahankan Pasir Panjang.

Sinopsis Bab 30 : Serangan Balas

Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat Subuh, mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi gempar apabila dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang.  Adnan mengarahkan anggotanya bersiap sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur diikuti dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara kedua-dua pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit Candu. Pertempuran ini memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan berani. Namun tidak berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan tentera Jepun. Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan hendak membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Bukit Candu akan diserang. Tentera Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh yang ditawan. Adnan tidak sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya Adnan menyerang tentera Jepun yang menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s