Karangan Bahasa Melayu

Punca-punca Pencemaran Alam Sekitar

Dalam kerancakan manusia mengejar kemajuan alaf milenium kini, nilai-nilai material semakin membekas dalam masyarakat madani sehingga menyongsong kewarasan akal dan kemurnian nilai-nilai integriti. Kemajuan yang berorientasikan keuntungan semata-mata seakan-akan mengikis sehingga tandusnya pertimbangan manusia terhadap alam sekitar yang menjadi warisan yang tidak ternilai harganya kepada anak watan penggerak masa hadapan. Sedar tidak sedar, alam sekitar yang dahulunya merimbun memayungi lapisan bumi semakin lenyap dek kerakusan manusia yang bersultan di mata beraja di hati. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Bilangan tersebut tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan. Di Malaysia, kerajaan telah mengimplementasikan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling dan daripada pencemaran meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut, namun pencemaran masih berlaku secara berleluasa. Atas faktor apakah yang menyebabkan berlakunya masalah pencemaran ini? Siapakah dalang yang terlibat dalam kemelut yang semakin pincang ini? Kupasan teliti akan dihuraikan bagi menjawab segala persoalan ini.

Masalah pencemaran alam sekitar ini dikenal pasti berpunca daripada tangan-tangan kotor individu yang tidak bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat. Hal ini terjadi kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka dan mereka sering memandang enteng tentang isu alam sekitar yang kini menjadi hidangan wajib dalam berita-berita yang dipaparkan dalam media massa arus perdana. Bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran. Walhal, jika direnungkan andai ada seratus orang individu yang bersikap sedemikian sudah semestinya alam sekitar akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap. Sikap nafsi individu-individu ini semakin memburukkan fenomena alam sekitar. Perbuatan tidak bertanggungjawab seperti membuang sampah ke dalam sungai dan longkang telah menyebabkan berlakunya pencemaran air sedangkan air merupakan medium utama dalam melestarikan kelangsungan hidup. Ada juga antara individu yang membuang puntung-puntung rokok dan melakukan pembakaran secara terbuka sehingga menyebabkan kebakaran yang serius lantas menyebabkan pencemaran udara. Kempen berkongsi kereta yang diwara-warakan pronya dalam aspek kesesakan jalan raya dan kontranya dalam aspek pencemaran udara juga tidak mendapat sambutan hangat daripada pengguna jalan raya, ibarat mencurah air ke daun keladi. Gas-gas karbon dioksida yang dilepaskan ke udara oleh kenderaan bermotor seperti kereta, lori, bas, dan motosikal secara berlebihan akibat kedegilan sikap individu yang menjadi pengguna jalan raya telah menyebabkan indeks udara berada pada tahap yang membimbangkan bagi kesihatan marhaen dewasa ini.

Selain individu, organisasi seperti pemilik kilang juga turut menjadi agen penyumbang kepada masalah pencemaran alam sekitar. Terdapat kilang-kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam pengeluaran mereka dan pada kebiasaannya kilang-kilang tersebut akan mengambil jalan mudah dengan membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai yang berdekatan dengan kawasan tersebut. Kebiasaan yang melanggar lumrah alam ini sudah pasti akan mengakibatkan pencemaran air. Ekosistem hidupan akuatik pasti terjejas akibat daripada sikap tidak bertanggungjawab pihak-pihak ini. Dalam pada itu, terdapat juga kilang-kilang yang melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara seterusnya menyebabkan terjadinya pencemaran udara. Walaupun sudah acap kali didenda, namun masih ada pemilik kilang yang dihentak tak masuk, diumpil tak bergerak. Ada juga segelintir pemilik premis-premis kilang tersebut yang mengelakkan diri daripada memberi penjelasan dan menyelesaikan masalah yang dicipta oleh mereka tidak ubah seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing sama sekali tidak dapat menyelesaikan kemelut yang semakin meruncing ini. Kemelut ini jika dibiarkan sudah pasti akan memberi dampak yang malang kepada kondisi udara dan air lantas menyebarkan pelbagai wabak penyakit yang akan menyerang kesihatan marhaen. Bagaimana mungkin kemelut ini terus meruncing tanpa adanya prakarsa yang pragmatik dan efisien daripada pihak-pihak yang terbabit  atau penantian ini hanya sekadar menantikan putih gagak hitam? Tepuk dada tanya selera.

Pembangunan secara tidak sistematik yang dijalankan oleh pihak kerajaan atau pihak swasta tanpa memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbul terutama yang melibatkan alam sekitar juga merupakan faktor berlakunya pencemaran air, tanah, udara dan bunyi. Lebih teruk lagi, jika hal ini dibiarkan berleluasa akan menyebabkan bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir. Bermula dengan pembinasaan kawasan tadahan hujan akan menyebabkan hujan yang turun tidak dapat diserap ke dalam tanah akibat tiadanya akar pokok yang berfungsi menyerap lebihan air yang mengalir. Tindakan ini akan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar sehingga menyebabkan berlakunya tanah runtuh. Tanah yang dihanyutkan bersama-sama air hujan ini seterusnya menyebabkanpencemaran sungai dan mendapan lumpur yang di bawa menyebabkan air sungai menjadi semakin cetek. Penggunaan jentera yang terlalu banyak dalam proses pembangunan sesuatu kawasan juga akan menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat daripada projek-projek pembangunan yang menolak natijah alam maka terciptalah kemusnahan alam akibat corak yang dilukiskan oleh manusia yang tiada pertimbangan dalam setiap keputusan yang diizharkan. Jika keduniaan dan keuntungan bernoktah di hati, sudah pasti kewarasan dalam pertimbangan ditolak ke tepi. Walau bagaimanapun, setiap sakit ada ubatnya. Dalam mencari penyelesaian kepada permasalahan ini, setiap pihak perlu berhampar lapis, berlicin daun.

Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda, justeru kurangnya bukti yang boleh mengheret individu yang terbabit dalam pencemaran lantaran pemantauan yang tidak konsisten oleh pihak berkuasa juga dilihat sebagai faktor penyumbang kepada pencemaran yang kini berleluasa tanpa mampu dikekang. Peranan pihak berkuasa dilihat semakin kurang menyebabkan ramai individu yang tidak bertanggungjawab membuat onar seperti tiada takut akan antah. Undang-undang yang diimplementasikan dilihat sekadar hiasan perlembagaan tanpa adanya penguatkuasaan. Pihak-pihak berkuasa khususnya pihak kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih peka terhadap pembangunan yang dijalankan oleh semua pihak dengan mengambil kira masalah pencemaran yang bakal terjadi dari setiap projek pembangunan yang menjadi ukur tara kemajuan negara tersebut dan bukan hanya melihat kepada peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting untuk membantu mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi, hasil daripada pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku sesetengah organisasi dan individu yang semakin nafsi dan kurang kesedaran sivik. Pihak kerajaan juga seharusnya mengambil tindakan drastik dengan membuat serbuan ke tempat-tempat yang disyaki menjadi punca pencemaran dengan segera kerana jika kerajaan kurang memainkan peranan dalam menilai aspek-aspek kemaslahatan rakyat, maka masalah pencemaran pasti berada di tahap yang semakin membimbangkan. Perlukah sudah patah baru hendak melantai?

Natijahnya, jika setiap pihak mengambil langkah sederap ibarat ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni, sudah pasti kemelut ini dapat diatasi. Kupasan demi kupasan berkaitan punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti ini harus diambil serius oleh semua pihak dan organisasi agar belenggu yang merantai permasalahan pencemaran clam sekitar seperti pencemaran air, udara, tanah dan bunyi ini dapat dirungkai dan diselesaikan hingga ke akar cerucuknya. Hal ini penting untuk memastikan kelestarian dan kehijauan flora dan fauna yang bebas daripada pencemaran dapat dikekalkan dan diwariskan sebagai tatapan generasi masa hadapan yang akan mendepani realiti dunia yang pantas berubah dan berkembang.

Maksud Sajak (Komsas Tingkatan 5) 

Sajak Erti Hidup Bererti : Maksud Sajak (Komsas Tingkatan 5) 

SAJAK

MAKSUD

Aku selalu didatangi

malam sepi

bagai kalung

yang melingkari leherku

tidak berubah keesokan hari

siapa yang akan datang menjengukku

keluhan seorang tua sunyi

Penyajak sentiasa kesunyian kerana malam yang dilalui begitu sepi.

Bagi orang tua tersebut tiada sesiapa akan menziarahinya pada keesokan harinya dan keadaan itu akan berterusan

Keheningan tasik

kehijauan rumput

hanya menjadi bayangan

di penjuru ruang zaman

cinta dalam rahim dilupai

dari sulung ditendang ke bongsu

dari angah ditendang ke sulung balik

kucari erti hidup

menderita mengerang sakit

berdiri tanpa ruang

Penyajak membayangkan ketenangan hidup yang pernah dilaluinya pada usia muda. Pada usia tua, penyajak meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anak yang kian melupakan ibu yang pernah mengandungkannya. Anak-anak tidak mahu bertanggungjawab menjaga ibu yang sudah tua sebaliknya menghantar dari rumah seorang anak ke rumah seorang anak yang tidak mahu menjaganya dengan lama. Hal ini menyebabkan penyajak berfikir tentang erti kehidupan sebagai ibu yang sebenar kerana dia tidak mempunyai tempat untuk mengadu  sakit.
Aku bagi mereka

tiada makna

anakku bakaku

baik setia mahupun derhaka

semoga disirami benih keinsafan

menjadi penawar dalam hati

embun cinta atasi angin dingin

jangan terpegun

ada yang mati

ada yang hidup

tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Penyajak berasa bahawa dirinya sebagai seorang ibu seolah-olah tidak bermakna kepada anak-anaknya. Namun, penyajak berdoa agar anak-anaknya diberi keinsafan atas kesilapan yang dilakukan oleh mereka agar tidak terus menjadi anak derhaka supaya duka dihatinya terubat. Penyajak sedar bahawa tiada yang kekal di dunia ini kecuali Tuhan.

Nilai (Komsas Tingkatan 5)

Sajak Erti Hidup Bererti : Nilai (Komsas Tingkatan 5)

NILAI

 
Ketabahan Penyajak sentiasa kesunyian kerana malam yang dilalui begitu sepi.

Bagi orang tua tersebut tiada sesiapa akan menziarahinya pada keesokan harinya dan keadaan itu akan berterusan

Kasih sayang

 

 

 

 

Bertanggungjawab

Penyajak membayangkan ketenangan hidup yang pernah dilaluinya pada usia muda. Pada usia tua, penyajak meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anak yang kian melupakan ibu yang pernah mengandungkannya. Anak-anak tidak mahu bertanggungjawab menjaga ibu yang sudah tua sebaliknya menghantar dari rumah seorang anak ke rumah seorang anak yang tidak mahu menjaganya dengan lama. Hal ini menyebabkan penyajak berfikir tentang erti kehidupan sebagai ibu yang sebenar kerana dia tidak mempunyai tempat untuk mengadu  sakit.
Keinsafan Penyajak berasa bahawa dirinya sebagai seorang ibu seolah-olah tidak bermakna kepada anak-anaknya. Namun, penyajak berdoa agar anak-anaknya diberi keinsafan atas kesilapan yang dilakukan oleh mereka agar tidak terus menjadi anak derhaka supaya duka dihatinya terubat. Penyajak sedar bahawa tiada yang kekal di dunia ini kecuali Tuhan.

Gaya Bahasa (Novel Tingkatan 1)

Novel Pelari Muda : Gaya Bahasa (Novel Tingkatan 1)

GAYA BAHASA

  • Diksi

Penggunaan kata dalam bahasa Inggeris. Antaranya, one, two, three, airport, dan sorry.

  • Peribahasa

jauh hati 

kilas ikan di air aku tahu jantan betinanya

  • Sinkope

“Kamu nak ke mana ni?” tegur Mak Jah. 

Tak bersampul?” kata Juriah sambil mengeyitkan mata. 

  • Simile

Kamarul bagaikan seekor kuda yang dipacu punggungnya memecut sekuat tenaga.

Daunnya bergerak-gerak seperti diusik-usik.

  • Personifikasi

Hatinya dicengkam dengan seribu kemarahan. 

Cermin jendela Airbus kelihatan merenek-renek dilanda tempias hujan.

  • Repetisi

Mengharapkan emak di rumah, emak lebih sibuk dengan persatuan wanitanya.

  • Anafora

Maafkan aku, Saridah! Maafkan aku, Cikgu Zainal! Maafkan aku, Encik Kadir!

Maafkan aku, kawan-kawan! 

.

Latar Masa, Latar Tempat, Latar Masyarakat (Novel Tingkatan 1)

Novel Pelari Muda : Latar Masa, Latar Tempat, Latar Masyarakat (Novel Tingkatan 1)

LATAR TEMPAT

Di rumah Kamarul

Di sekolah

Di hospital

Di Pusat Sukan Kampung Pandan

Di Bangkok

Di perpustakaan sekolah

LATAR MASA

Pada waktu siang

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang sombong dan angkuh apabila mendapat kejayaan dan populariti.

Masyarakat yang berdisiplin.

Masyarakat yang tidak menepati janji dan masa.

Masyarakat yang lemah kerana cinta.

Masyarakat yang gigih berusaha.

Masyarakat atlet yang gigih menjalani latihan.

Masyarakat pelajar.

Masyarakat yang bertanggungjawab.

.

Watak Sampingan dan Perwatakan (Novel Tingkatan 1)

Novel Pelari Muda : Watak Sampingan dan Perwatakan (Novel Tingkatan 1)

WATAK SAMPINGAN DAN PERWATAKAN

 

 

WATAK SAMPINGAN

1. Saridah

Saridah ialah kawan baik Kamarul.

Berusia 17 tahun.

Seorang pelari pecut.

Berkawan baik dengan Kamarul dan Juriah.

Menyukai Kamarul dan amat mengambil berat tentang Kamarul. Seorang yang bersopan santun.

Seorang yang peramah dengan orang tua.

Belajar dalam Tingkatan 5 Sastera 1 dan akan menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun.

2. Mak Jah

Ibu kepada kamarul dan isteri kepada Encik Baharudin.

Seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Penyayang – Menyayangi Saridah kerana dia tidak mempunyai anak perempuan.

Prihatin – Menasihati Kamarul supaya berbaik-baik dengan Saridah.

Bertanggungjawab – Menjaga Kamarul di hospital.

3. Sures Menon

Sures ialah ahli sepasukan dengan Kamarul.

Berusia 17 tahun.

Seorang pelari pecut, mewakili negara Malaysia.

Berazam untuk menewaskan catatan masa Kamarul.

Seorang yang bersemangat dan bersungguh-sungguh.

Seorang yang berdisiplin.

Seorang yang amanah – Buktinya, dia menyampaikan pesanan Encik Kadir kepada Kamarul.

4. Juriah

Juriah ialah kawan baik Saridah.

Berusia 17 tahun.

Sentiasa membantu Saridah dalam susah dan senang.

Seorang yang selalu bergurau.

5. Encik Kadir

Encik Kadir ialah jurulatih untuk atlet olahraga kontinjen Malaysia.

Seorang yang tegas.

Seorang yang tidak berputus asa dan mengambil berat akan atlet-atletnya.

Seorang yang bertimbang rasa.

6. De Wega

De Wega ialah pelari pecut Filipina yang diminati Kamarul.

Berusia 34 tahun.

Seorang yang peramah dan rendah diri.

Seorang buruh kereta api sebelum menjadi pelari pecut.

Seorang yang berdisiplin.

Seorang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa.

Pemurah dalam memberi nasihat.

.

Watak Utama dan Perwatakan (Novel Tingkatan 1)

Novel Pelari Muda : Watak Utama dan Perwatakan (Novel Tingkatan 1)

WATAK UTAMA DAN PERWATAKAN

Watak Utama :  Kamarul Baharuddin

Berusia 17 tahun.

Seorang pelari pecut, mewakili negara Malaysia.

Kamarul berkawan rapat dengan Saridah. Mereka mula berkawan rapat semasa sukan MSSM.

Seorang yang angkuh dan sombong kerana kejayaan dan kepopularannya.

Seorang yang tidak berdisiplin.

Belajar dalam Tingkatan 5 Sastera 1 dan akan menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun.

Tidak mengenang budi

– Kamarul enggan berlatih bawah bimbingan Encik Kadir kerana telah bosan.

Buruk sangka

– Encik Kadir sengaja mendendanya berlari lapan kali pusing keliling padang untuk membalas dendam.

Insaf akan kesalahannya

– Kamarul menyesal bersikap kurang ajar dengan Encik Kadir dan bersikap sombong dengan kawan-kawan sekolah setelah dia dilanggar kereta.

……………………………………………………………….

Plot / Binaan Plot, Teknik Plot (Novel Tingkatan 1)

Novel Pelari Muda : Plot / Binaan Plot, Teknik Plot (Novel Tingkatan 1)

PLOT / BINAAN PLOT

Permulaan

– Kamarul bersiap-siap hendak ke sekolah. Kamarul tidak gembira kerana hubungannya dengan Saridah semakin renggang. Dalam perjalanan ke sekolah, Kamarul teringat akan Cikgu Zainal, guru sukan yang mula-mula mengesan bakatnya dalam bidang olahraga.

Perkembangan

– Kamarul telah banyak berubah kerana sudah terkenal. Kamarul enggan berlatih dengan Encik Kadir kerana baginya latihan yang diberikan oleh Encik Kadir amat membosankannya. Kamarul enggan bergaul dengan kawan-kawan sekolah. Kamarul juga enggan menjalani latihan sukan sekolah.

Klimaks

– Kamarul susah hati. Tahap kecergasannya semakin menurun. Kamarul bergaduh dengan Encik Kadir kerana dia kerap ponteng latihan. Akibat terlalu runsing, Kamarul melintas jalan raya tanpa menoleh ke kiri. Kamarul dilanggar kereta. Kamarul melambung ke udara kemudian terhempas di tengah-tengah jalan. Kamarul pengsan lalu di bawa ke hospital.

Peleraian

– Kamarul mendapat dua pingat emas dalam acara lari pecut 100 meter dan 400 meter dalam Sukan SEA ke-14 di Bangkok. Kamarul menerima ucapan tahniah daripada Encik Kadir dan rakan-rakannya di Malaysia. Kamarul bertukar-tukar cenderamata dengan De Wega. Kamarul dan atlet-atlet yang lain pulang ke Malaysia.

TEKNIK PLOT

Teknik dialog

Teknik monolog

Teknik monolog dalaman

Teknik imbas kembali

Teknik pemerian

.

Gaya Bahasa (Novel Tingkatan 3)

Novel Chot : Gaya Bahasa (Novel Tingkatan 3)

GAYA BAHASA

1. Simile

Seperti diasap kemenyan

macam batang pinang subur

macam singa lapar

macam tongkang karam

bagaikan biji saga yang kemerah-merahan

macam kapal terbang

seperti terkena pukau

seperti kambing takut akan air

busuk macam bangkai

macam hantu

seperti dirasuk hantu

2. Epifora

Apabila Cikgu Sunan sudah naik minyak, semua murid jadi takut. Som juga takut. Alias juga takut.

Budin hairan. Miah hairan. Mak Su Kiah hairan. Pak Din juga hairan.

3. Anafora

Ada sawah, ada rimbunan pokok buluh, ada rimbunan pokok pisang tetapi pokok kelapalah yang paling banyak.

Chotnya berbulu cering. Chotnya bergigi putih tajam. Chotnya suka menyeringai. Chotnya ada gelang di leher tetapi semua itu tidak terkata olehnya.

4. Hiperbola  

Daun-daun yang kebasahan itu tunduk malu kerana sedikit berat oleh embun yang menimpanya semalam.

Panas mulai pecah.

Suara itu membelah sepi kampung.

Terasa sakit pada dagu dan rahang menjalar ke telinga

Angin malam di kampung itu bagaikan mati

Benarlah malam sudah merangkak perlahan-lahan

5. Sinkope

dah

mak

tu

dah

ni

6. Bahasa Inggeris

netball

jeans 

t-shirt 

7. Bahasa Arab

Bismillah

Assalamualaikum

Alhamdulillah

Waalaikumussalam

8. Peribahasa

naik minyak

mandi kerbau

naik angin

.

Latar Masyarakat (Novel Tingkatan 3)

Novel Chot : Latar Masyarakat (Novel Tingkatan 3)

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup – Alias tidak pernah merungut hidup dalam kemiskinan.

2. Masyarakat yang berdikari – Alias berusaha menyara yuran persekolahannya dengan mengambil upah memetik buah kelapa.

3. Masyarakat ibu bapa yang mengimpikan kejayaan anak-anak – Leha ingin melihat kejayaan Alias. Oleh hal demikian, Leha mengingatkan kepentingan pendidikan agama dan pendidikan sekular.

4. Masyarakat kampung yang hidup dalam kemiskinan – Hidup Alias dan ibunya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Alias mencari wang untuk menampung keperluan harian dengan mengambil upah memetik kelapa di kebun Pak Din.

5. Masyarakat yang mementingkan pendidikan agama – Ibu Alias, Leha mengajar anaknya membaca al-Quran dan menegur kesalahan yang dilakukan oleh Alias dalam bacaan solat.

6. Masyarakat yang mementingkan pendidikan sekular – Ibu Alias menegur Alias yang tidak ke sekolah terlalu lama.

7. Masyarakat yang bertanggungjawab – Alias mengambil alih tugas arwah bapanya yang meninggal lima tahun lalu kerana jatuh pokok kelapa. Dia membeli barang keperluan dapur seperti beras, gula, kopi dan ikan gelama.

8. Masyarakat yang jujur – Alias memberitahu perihal sebenar kelewatan ke sekolah berpunca daripada mencari beruk kesayangannya yang hilang.

9. Masyarakat yang cinta akan ilmu pengetahuan – Alias membawa sahaja ke mana-mana buku latihan.

10. Masyarakat yang berprasangka – Miah menuduh Chot merosakkan kebun pisang miliknya.

11. Masyarakat yang gigih berusaha mencapai kejayaan – Som berusaha belajar Matematik daripada Alias.

12. Masyarakat yang baik hati – Mak Su Kiah mengambil tahu kebajikan Alias dan Leha.

.