Peranan Pelbagai Pihak/Usaha-usaha untuk Memajukan Industri/Sektor Pelancongan

Peranan Pelbagai Pihak/Usaha-usaha untuk Memajukan Industri/Sektor Pelancongan

Pendahuluan:

  • sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara yang penting
  • tempat pelancongan di negara ini dibuka dengan banyak seperti cendawan selepas hujan
  • kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembangunan negara yang pantas
  • Namun, masih ada ruang yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memastikan semua pihak mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini
  • terdapat beberapa langkah yang proaktif lagi pragmatik untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita harus diambil

Isi-isi Penting:

–      pihak kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu yang dapat menarik minat pelancong asing – program inap desa – konsep pelancongan kesihatan, pelancongan pendidikan, agropelancongan, ekopelancongan dan seumpamanya hendaklah dikembangkan – memperkenalkan pelancongan semasa musim buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan sebagainya – biasanya pelancong luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di negara mereka – kita harus mengambil peluang untuk memperkenalkan keunikan negara ini dengan mengetengahkan budaya hidup dan kesenian masyarakat tempatan – pelancong wajar dibawa untuk tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami cara hidup mereka

  • kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh pelosok dunia – karnival pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan negara kita sebagai destinasi pelancongan – memperkenalkan tempat-tempat menarik, makanan yang pelbagai, dan juga kebudayaan masyarakat pelbagai kaum – karnival ini juga wajar menyediakan pakej-pakej pelancongan yang kompetitif kepada masyarakat antarabangsa – karnival seperti ini hendaklah diadakan di seluruh dunia
  • kerajaan wajar menganjurkan pelbagai acara antarabangsa dengan lebih kerap – penganjuran acara sukan antarabangsa seperti “Monsoon Cup”, perlumbaan Formula 1, kejohanan badminton, dan seumpamanya merupakan acara yang sangat mendapat perhatian peminat antarabangsa – dalam bidang seni pula, negara kita menjadi tuan rumah kepada beberapa acara antarabangsa, contohnya Festival Muzik Dunia yang diadakan di Sarawak pada setiap tahun. Kemampuan negara untuk menganjurkan acara antarabangsa memang terbukti kejayaannya, bak kata pepatah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia – dengan cara ini, lebih ramai pelancong akan mengunjungi negara ini bukan sahaja untuk melibatkan diri dalam acara-acara yang dianjurkan, malahan untuk melawat ke tempat-tempat menarik di negara kita, bak kata peribahasa sambil menyelam minum air
  • mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia dengan lebih berkesan dan melibatkan lebih banyak penyertaan – kempen ini dapat menggalakkan pelancong datang ke negara kita dengan lebih besar bilangannya – kempen ini menyediakan pelbagai acara untuk menarik minat pelancong datang ke negara ini – Misalnya, acara kebudayaan pelbagai kaum dipersembahkan untuk para pelancong – Selain badan-badan kerajaan, pihak swasta juga memikul tanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang kompetitif, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing – hotel-hotel, syarikat penerbangan, dan syarikat pengangkutan awam mestilah melibatkan diri untuk menjayakan kempen ini
  • kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini – hal ini dapat dilakukan sama ada menerusi media cetak seperti risalah, buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen – mewujudkan halaman pelancongan dalam internet juga merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong asing
  • kerajaan wajar memperlengkap kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju – kemudahan pengangkutan dan perhubungan penting kerana pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara ingin akan keselesaan dan ketenangan – Misalnya, banyak pelancong yang datang ke negara kita adalah untuk menikmati keindahan pulau dan pantai – oleh itu, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapa buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan pelancong menikmati keindahan alam semula jadi

Penutup:

  • terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan sektor pelancongan di negara kita
  • semua pihak hendaklah tampil dan menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya
  • jika tidak, segala keunikan dan kehebatan budaya pelbagai kaum di negara ini akan sia-sia dan tidak dapat diketengahkan untuk dinikmati oleh pelancong
  • kerjasama dan kesungguhan semua pihak yang terbabit akan menonjolkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dunia

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s