Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Keracunan Makanan Di Sekolah

Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Keracunan Makanan Di Sekolah

Pengenalan

Sekolah merupakan sebuah institusi untuk menimba ilmu dalam kalangan pelajar

  • menyediakan kantin untuk memudahkan pelajar menjamu selera dalam sesi persekolahan
  • situasi yang membimbangkan telah berlaku yang mana kes keracunan di sekolah semakin mendapat tempat di dada-dada akhbar
  • pelajar-pelajar mengalami sakit perut dan cirit-birit kesan keracunan makanan yang berlaku
  • pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan wajar mengambil langkah yang drastik untuk menangani masalah ini supaya tidak berlaku korban nyawa dalam kalangan pelajar

Idea-idea Utama

Masalah kebersihan makanan dan peralatan memasak yang kotor antara punca utama masalah ini berlaku

  • tindakan tegas perlu diambil oleh pihak sekolah mahupun Kementerian Kesihatan
  • pihak sekolah mestilah memantau pengusaha kantin dalam menyediakan makanan untuk para pelajar
  • Kementerian Kesihatan pula menjalankan operasi mengejut dalam usaha pihak kantin ini sentiasa mementingkan kebersihan
  • peralatan menyediakan makanan mestilah bersih dan persekitaran kantin pula sentiasa terpelihara

Dalam menangani masalah ini, pekerja-pekerja kantin juga mestilah dipantau oleh pihak sekolah

  • sentiasa memakai pakaian yang bersih dan menjaga kebersihan diri pada setiap masa
  • mematuhi peraturan berpakaian semasa menyediakan makanan
  • memakai penutup kepala dan mendapat suntikan kesihatan daripada pihak yang berwajib
  • pemantauan yang tegas ini perlu diambil terutama kepada pengusaha makanan yang menggunakan perkhidmatan pekerja asing

Penyediaan makanan di kantin atau asrama sekolah mestilah diawasi pada setiap masa

  • makanan yang dihidangkan kepada para pelajar mestilah ditutup supaya tidak dihinggapi lalat dan sebagainya
  • memastikan air minuman yang dihidangkan atau dijual kepada para pelajar dimasak dan bukannya diambil terus dari air paip
  • mempunyai tempat mencuci tangan yang secukupnya kepada para pelajar sekolah
  • memastikan makanan yang dijual tidak basi dan kotor

Persekitaran kantin dan tempat menjamu selera dalam kalangan pelajar mestilah benar-benar bersih

  • memastikan tiada tempat pembiakan lalat dan tikus yang akan berkeliaran pada waktu malam
  • pekerja-pekerja kantin mestilah mencuci kawasan kantin pada setiap hari supaya sentiasa bersih dan sejuk mata memandang
  • tiada sampah sarap yang bertaburan manakala penyediaan tong-tong sampah mestilah mencukupi
  • tiada berlaku aliran air yang tersumbat seperti di dalam longkang dan sebagainya

Tindakan tegas mestilah diambil terhadap pengusaha makanan yang mengabaikan aspek kebersihan

  • mengenakan hukuman dan denda yang tinggi agar tidak mengulangi kesalahan yang sama
  • menamatkan perkhidmatan mereka serta-merta jika masih lagi mengulangi kesalahan yang sama
  • mengenakan tindakan tatatertib terhadap pihak pentadbiran sekolah yang gagal untuk memantau pihak kantin di sekolah mereka
  • dapat dilaksanakan dengan operasi yang diadakan secara berterusan tanpa pengetahuan pihak pengusaha makanan tersebut dan tidak berkompromi dengan golongan ini

Penutup

Masalah keracunan makanan tidak boleh diambil ringan oleh pihak yang bertanggungjawab

  • mengganggu pembelajaran murid di sekolah kerana mereka terpaksa dikejarkan ke hospital
  • mereka akan berasa kurang yakin untuk menjamu selera di kantin tersebut
  • membebankan ibu bapa yang terpaksa menyediakan bekal untuk dibawa oleh anak-anak mereka ke sekolah
  • mencemarkan imej sesebuah sekolah di mata masyarakat setempat

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s